Thursday, July 30, 2009

VIRUS H1N1 adakah satu wabak @ ciptaan?

Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia? Atau apakah ia bala yang diturunkan oleh Allah swt terhadap manusia yang semakin jauh menyimpang daripada landasan kehidupan islam. Suatu ketamadunan mengambil masa yang begitu panjang untuk dibina dan jatuh semula dengan mudah atau sedikit demi sedikit. Lihatlah bagaimana kaum Thamud dibinasakan oleh Allah swt dan juga kaum Luth atas kekufuran mereka terhadap seruan para anbia yang terdahulu.Mungkinkah kita akan mengulangi perkara yang sama?Nauzubillah!! Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada ujian yang berat ini.

Segalanya ada kemungkinan. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Namun, dari siri bukti-bukti sejarah, reaksi Obama dan pengkajian saintis serta bukti-bukti yang didapati dari kes sebelumnya, segalanya mungkin! Ketika selsema babi mengganas di US pada tahun 1976, manusia yang paling mendapat keuntungan diatas merebaknya wabak ini ialah Presiden Donald Rumsfeld, yang mana pada masa itu dia adalah CEO kepada syarikat Gilead Sciences Pharmaceutical. Syarikat yang bertanggungjawab untuk memproduksi vaksin kepada selsema babi ini. Syarikat ini berjaya mengaut keuntungan ber-million dollar dan saham syarikat ini pada masa itu melambung tinggi. Cerita ini bermula bila seorang tentera mati akibat daripada apa yang disyaki oleh pakar sebagai selsema babi pada tahun 1918. Sebagai alasan daripada insiden ini, Rumsfeld selaku Setiausaha Pertahanan berjaya melancarkan 1 kempen mempengaruhi rakyatnya bahawa pemerintahan US yang baru akan memastikan bahawa setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Ameika akan diberikan vaksin. Pada masa itu, Kemenangan berpihak pada Gerard Ford dan dia berjaya menjadi presiden. Lantas, vaksin dicipta dan diedarkan diseluruh US sepantas kilat! Namun, program distribusi vaksin itu berhenti sebulan selepas tamatnya pilihanraya.

Dari segi keuntungan harga saham,Reuters telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa sejak tersebarnya selsema babi, syer saham bagi syarikat Biocryst Pharmaceuticals melonjak sehingga 26% dan Novavax melonjak sehingga 75%, hasil daripada spekulasi yang menyatakan kemungkinan 2 syarikat gergasi ini akan menjadi pengeluar kepada vaksin selsema babi ini. Walaubagaimanapun, syarikat Baxter International Inc. mengesahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan WHO untuk mengeluarkan vaksin bagi menghalang merebaknya virus ini. Syarikat ini telah berjaya untuk membina teknologi yang akan memungkinkan penciptaan vaksin virus ini dalam masa yang singkat. Jurucakap Baxter - Christopher Bona telahpun meminta sampel virus daripada WHO untuk menjalankan ujikasi makmal bagi mencipta vaksin yang berpotensi. 1 perkara yang cukup 'menarik' perhatian saintis dan pengkaji adalah, SEBULAN sebelum tercetusnya epidemik tersebut, Baxter telahpun menjalankan ujikajinya terhadap sampel virus tersebut!

Menurut Mike Adams, aktivis dan penulis NaturalNews.com, mitos tentang virus dicipta oleh pihak tertentu, menyebarkan virus tersebut dengan sengaja untuk mengakibatkan kucar kacir dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan berlipat ganda adalah sebenarnya fakta yang telah berlaku dan sedang berlaku! Sepertimana yang telah dilaporkan oleh LifeGen.de -Deerfield, Illinois-Syarikat Baxter International Inc telah dibongkar kejahatannya apabila salah seorang pegawainya ditangkap sedang membuat penghantaran virus hidup selsema burung yang dicampur dengan perkakas vaksin kepada pembekal perubatan di 18 buah negara. "Kesilapan" ini dibongkar oleh National Microbiology Laboratory, Canada. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza, Baxter dilihat sebagai satu organisasi bio-terroris yng dengan sengaja menghantar virus ke seluruh dunia. Masakan mempertahankan tanahair dari cengkaman penjajah barat dan mempertahankan akidah dengan mengangkat senjata ketika diperangi dianggap pengganas, dan Baxter, yang semestinya didalangi oleh beberapa pemimpin dunia kapitalis terlepas walaupun ada buktinya?

Harus difahami bahawa Baxter International mempunyai satu kodifikasi keselamatan yang dinamakan BL3 iaitu (Biosafety Level 3). Dibawah BL3, Mereka yang terlibat secara langsung dalam menguruskan pathogen dan agen merbahaya, telah melelaui latihan yang spesifik dan dikawalselia oleh saintis yang berpengalaman. Semua ujikaji dijalankan dalam bekas keselamatan biologi ataupun sebarang alat fizikal, dan mereka yang terlibat diwajibkan memakai pemakaian yang bersesuaian dengan tahap keselamatan pengendalian pathogen dan agen merbahaya. Malah, makmal-makmal tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Jadi, dibawah kawalan BL3, ianya suatu perkara yang MUSTAHIL untuk virus selsema burung, mencemari pengeluaran bahan vaksin yang dipasarkan ke pembekal seluruh dunia.

Maka disini terjadi 2 kebarangkalian :

1. Baxter tidak mengikut kodifikasi BL3 yang menyebabkan virus tersebar diluar kawalan mereka
2. Ada pekerja mereka yang berkomplot untuk memusnahkan dunia dengan menyebarkan virus ini ke pembekal ke seluruh dunia.

Namun, kita harus faham bahawa penyebaran sesuatu virus, akan menyebabkan peningkatan dalam permintaan vaksin. 1 fakta yang tidak boleh disangkal bahawa memang ada corporations yang sanggup untuk membahayakan nyawa jutaan manusia atas kesempatan mengaut keuntungan. Dan 'sayangnya' corporations ini datangnya dari Amerika Syarikat, negara dambaan penguasa negara kaum muslimin.

Bagaimana pula dengan virus selsema babi ini? Menurut Mike Adams, suatu keanehan yang perlu diperhatikan apabila virus H1N1 ini bersifat hybrid atau percampuran. Daripada sumber yang beliau dapati, virus selsema babi ini terdiri daripada bahagian kodifikasi virus human influenza, selsema burung daripada America Utara, selsema babi daripada Eroah dan selsema babi daripada Asia! Bagaimana virus yang dibawa oleh burung dari Amerika Utara ini mampu berjangkit kepada babi di Eropah, kemudian bermutasi dan menjangkiti kembali burung tersebut, lalu ianya terbang dan menjangkiti pula babi di Asia dan kemudian virus itu bermutasi lagi menjadi virus yang mampu menjangkiti manusia, daripada babi di Asia lalu menjangkiti manusia di Mexico!! Sekali pandang, proses ini adalah suatu yang mampu berlaku secara alami. Namun, dek kerana butanya mata kerana wang, ianya suatu yang tidak mustahil, untuk ada campurtangan manusia dalam 'menjayakan' kewujudan H1N1 ini.

Ditambah pula dengan kenyataan daripada pegawai tinggi Amerika Syarikat seperti Fort Detrick, U.S. Army Medical Command dan Chad Jones, jurucakap Fort Meade yang mengsyaki akan keilangan sampel-sampel virus H1N1 daripada U.S. Army Medical Research Institute of Infectious Diseases.Kehilangan sampel, penghantaran virus hidup dengan sengaja, peningkatan pembelian saham syarikat yang bertanggungjawab memproduksi vaksin dan mungkin pernyataan bersahaja Obama Presiden US yang terbaru bahawa statistik dan penyebaran wabak selsema babi ini tidak memerlukan perintah darurat namun perlu diberi perhatian yang terperinci, merupakan antara poin-poin penting dalam mengkaji semula keberadaan virus-virus yang melanda dunia masa kini.

Akibat daripada keruntuhan ekonomi Amerika Syarikat, mungkinkah ini merupakan 'jalan keluar' bagi Amerika dan sekutunya dalam mendapatkan kembali pengaruhnya dimata dunia, dan dalam masa yang sama, mengaut sumber kewangan dari seluruh pelusuk dunia, akibat merebaknya virus yang merbahaya ini? Dalih yang pelbagai telahpun digunakan. Bush, pernah menggelar dirinya sebagai Bapa Peperangan. Telah berjaya dibuktikan bahawa 9/11 merupakan suatu pembohongan besar terhadap dunia sebagai alasan menduduki Iraq dan merampas hak-hak kaum muslimin. Tidak mustahil, akibat kebencian dunia terhadap Bush, maka pelobi-pelobi yahudi yang menguasai White House menggunakan Obama sebagai Bapa Virus dalam meneruskan hegemoni mereka terhadap dunia dan Islam. Terbukti bahawa sepanjang sejarah siri peperangan Amerika Syarikat terhadap musuh-musuh mereka, senjata biologi dan kimia seperti agent orange, tidak terkecuali daripada digunakan untuk memusnahkan musuh, yang membawa kepada kesan jangkasama panjang dan penderitaan yang tidak berkesudahan.

KesimpulanAdakah ini yang dikatakan sebagai an act of God? Ataupun terbit dari tangan-tangan kotor penguasa kapitalis, yang disokong penuh tanpa soal oleh penguasa negara kaum muslimin? Pada hari ini, kita semua akan diperdaya oleh para kapitalis bangsat yang akan memaksa ke atas manusia penggunaan vaksin ciptaan mereka, mengaut keuntungan dan natijahnya, kita menjadi mereka yang 'bersyukur' kepada para kapitalis dan sekutunya..Dari itu memanglah benar “setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati”.Kita sebagai orang ISLAM tidak terlepas dari berdoa kepada Yang Maha ESA,minta dijauhkan wabak,dan bala bencana ini.Sekiranya berlaku juga,kita diminta menilai & muhasabah adakah kita memang patut ditimpa penyakit ini diatas kezaliman,kemaksiatan yang telah kita lakukan @ ianya adalah ujian terhadap hambanya yang bersabar &beriman moga ditingkatkan lagi martabat imannya ke tahap yang lebih tinggi dengan diuji dengan pelbagai bentuk ujian.La Hau La Wala Quwwata illa BILLAH

No comments:

Post a Comment